Surface Book unik, futuristik






Selepas kejayaan produk tablet Surface 3 dan Surface pro 4, Microsoft memperkenalkan satu lagi komputer tablet yang dikendali dengan sistem operasinya sendiri – Microsoft Surface Book.

Produk kategori notebook ini sudahpun berada di pasaran sejak 26 Oktober lalu. Rekaannya yang unik, futuristik dan minimalis mungkin dapat menjadi pesaing kepada Mac Book Pro.

Namun adakah ia cukup berkuasa untuk mengatasi Apple dalam menjalankan fungsi seperti suntingan multimedia?

Surface Book menawarkan beberapa inovasi. Ia digerakkan oleh oleh cip pemproses Intel generasi keenam dan juga pemacu grafik Nvidia GPU/Intel HD dengan kapasiti memori RAM 8GB hingga 16 GB.

 Ia turut dilengkapi paparan skrin 13.5 inci dengan resolusi 3000x200, kamera hadapan 5 MP dan cukup berkuasa untuk menyokong rakaman video definisi tinggi 1080p dan juga dua

mikrofon – depan dan belakang.

Strukturnya diperkukuh dengan cesi magnesium, dan sistem keselamatannya dipertingkat dengan cip TMP untuk menjaga data sulit.

Tarikan utama Surface Book adalah ciri uniknya yang papan kekunci dan skrin yang boleh dipisah dan disatukan dengan mudah dengan sambungan inovatif “muscle wire lock”. Kedua-dua bahagian berasingan ini dilengkapi bateri tersendiri.

Satu lagi tarikan ialah stylus yang memberi kelebihan untuk suntingan multimedia – mungkin inilah sasaran pembeli Microsoft.

Microsoft menyebut, bateri Surface Book mampu bertahan selama 12 jam tanpa caj sekiranya digunakan untuk menonton video.

Secara kasar, mungkin Surface Book mungkin akan dapat menjadi pengganti kepada komputer riba dan peneraju kepada komputer hibrid. Harganya dalam lingkungan RM6,500 sehingga RM13,000, mengikut spesifikaasi.

Maklumat lanjut: https://www.microsoft.com/surface/en-us/devices/surface-book

Comments