Newcastle dahului Chelsea di separuh masa pertama



Newcastle United membuat kejutan apabila mendahului Chelsea, 1-0, di separuh masa pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James Park, sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Ayoze Perez ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum wisel penamat. Sebelum perlawanan, skuad The Magpies kendalian Steve McClaren menduduki tangga kedua tercorot dengan mengumpul hanya dua mata, manakala The Blues bimbingan Jose Mourinho berada di tangga ke-15 dengan himpunan tujuh mata selepas enam aksi.

Comments