Chelsea melakukan kebangkitan pada saat akhir untuk mengikat Newcastle United 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James Park, yang berakhir sebentar tadi. Skuad The Magpies lebih dulu berada di depan 2-0 hasil jaringan Ayoze Perez pada minit ke-42, sebelum digandakan Georgino Wijnaldum minit ke-60. Namun skuad The Blues bangkit merapatkan kedudukan 2-1 menerusi sentuhan Ramires pada minit ke-79 sebelum Willian menyamakannya menerusi sepakan percuma ketika aksi berbaki tiga minit. Kedudukan muktamad di St James Park, Newcastle 2 Chelsea 2.
Comments
Post a Comment