Beza Perhimpunan Bersih 4.0 VS Himpunan Baju Merah?
Kedua-dua perhimpunan telah pun berlalu, masing-masing dengan matlamat mereka dan penyokong mereka seperti mana hak yang dijamin dalam perlembagaan untuk mereka berhimpun bersama bagi menyuarakan suara mereka kepada umum.
Perhimpunan Bersih 4.0?
Kedua-dua perhimpunan telah pun berlalu, masing-masing dengan matlamat mereka dan penyokong mereka seperti mana hak yang dijamin dalam perlembagaan untuk mereka berhimpun bersama bagi menyuarakan suara mereka kepada umum.
Perhimpunan Bersih 4.0?
- Tema baju adalah berwarna kuning
- Baju kuning yang dipakai peserta kebanyakannya dibeli peserta sendiri
- Mahu Najib Razak letak jawatan
- Mahu pilihanraya yang bersih, rasuah dibanteras, kerajaan yang telus, demokrasi dipelihara dan ekonomi Malaysia diselamatkan
- Tidak menggunakan bas PLKN
- Kebanyakan datang sendiri
- Majoriti peserta adalah kaum Cina
- Ada pelbagai bangsa lain. Peserta yang berbangsa Melayu hanya 20-35 peratus
- Disokong oleh Pakatan Rakyat contohnya PKR dan DAP
- PAS tidak menggalakkan ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 kali ini tetapi tidak menegah ahlinya untuk turut serta
- Mendapat sokongan Tun Dr Mahathir
- Bersih 4.0 dapat pungutan derma termasuklah jualan baju Bersih 4.0 berwana sejumlah RM2.4 juta
- Tidak mendapat permit daripada DBKL
- Mendapat amaran keras dan ditemplak kalangan menteri disebalikpenganjuran Perhimpunan Bersih 4.0
- Terpaksa membayar RM65,000 kepada DBKL disebabkan kekotoran dan kebersihan bandaraya Kuala Lumpur sepanjang penganjuran
- Ditemplak oleh Perdana Menteri, Najib Razak selepas menganjurkan perhimpunan ini dengan termasuklah peserta tidak patriotik, tidak aman dan sebagainya
- Tidak berlaku sebarang kekecohan
- Bersih 4.0 kata 200,000 yang hadir dalam perhimpunan ini
- Penganjuran berlangsung selama 48 jam
- Ada peserta Perhimpunan yang ditangkap ketika berhimpun
Himpunan Baju Merah
- Tema baju adalah berwarna merah
- Baju merah yang dipakai peserta kebanyakannya diedarkan pengajur secara percuma
- Sokonga Najib Razak. Lim Kit Siang diberikan amaran keras, Cina DAP ditemplak
- Sokong kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya, hormati hak melayu dan agam Islam di Malaysia, mahu ISA dikembalikan
- Bas PLKN digunakan
- Kebanyakan peserta datang dengan bantuan bas
- Majoriti peserta adalah bangsa Melayu.
- Sukar untuk melihat bangsa lain dalam perhimpunan ini
- Disokong oleh UMNO
- MCA tidak sokong himpunan ini
- Tun Dr Mahathir tidak sokong
- Tiada pungutan derma diadakan sebaliknya penganjur dilihat mengeluarkan dana dan modal mereka sendiri untuk menganjurkannya
- Dapat permit dari DBKL
- Mendapat sokongan penuh daripada kalangan menteri. Malah ada pemimpin UMNO tertinggi dan menteri yang turut turun padang dalam Himpunan Baju Merah ini
- Ada kekotoran dan kebersihan tidak dijaga sepanjang penganjuran. Adakah Himpunan Baju Merah juga akan disuruh bayar denda? Terkini, Berita Semasa dimaklumkan yang DBKL akan hantar notis tuntutan denda
- Perdana Menteri memuji perilaku dan cara penganjuran selepas selesai Himpunan baju Merah ini
- Berlaku kekecohan apabila seorang peserta cedera apabila dibaling kon oleh peserta himpunan itu sendiri dan 3 polis cedera apabila berhadapan dengan peserta Himpunan Baju Merah
- Penganjur mengatakan seramai 250,000 yang hadir dalam himpunan ini
- Penganjuran berlangsung dari pagi sampai petang
- Sudah mula menahan peserta yang buat kecoh
Comments
Post a Comment