Nur Shafiqa Lah, 22, yang menjadi mangsa toreh dua penyamun awal Disember lalu, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya Mohd. Azijja Zafran Zahrani, 24, semalam.
Nur Shafiqa terlibat dalam satu kes rompakan ngeri sehingga mukanya ditoreh yang menggemparkan seluruh Malaysia dilihat semakin pulih daripada kecederaan.
Difahamkan majlis resepsi gadis yang berasal daripada Kelantan ini akan dilangsungkan dalam masa 3 bulan lagi bersama majlis perkahwinan abangnya.
Pernikahan ini telah disegerakan oleh keluarga selepas kejadian rompakan dan keluarganya berharap pernikahan ini dapat memulihkan kembali semangat Nur Syafiqa.
Comments
Post a Comment