Lima nafi serang penyokong Vietnam

Shah Alam: Dua beradik antara lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan merusuh dan menyerang seorang penyokong bola sepak Vietnam ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu.  Peniaga sate, Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan adiknya Noor Hadi, 29, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.  Selain itu, pekerja kargo, Amirul Akmal Nooradzhar, 22, penghantar surat, Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28, dan pelajar sebuah politeknik, Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan.  Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh yang sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali.  Ellyana menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Hmetro


Shah Alam: Dua beradik antara lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan merusuh dan menyerang seorang penyokong bola sepak Vietnam ketika perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu.
Peniaga sate, Mohd Aminuddin Hamdan, 34, dan adiknya Noor Hadi, 29, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Selain itu, pekerja kargo, Amirul Akmal Nooradzhar, 22, penghantar surat, Zulhelmy Akmal Zainol Abidin, 28, dan pelajar sebuah politeknik, Muhammad Naquiyuddin Sallehuddin, 19, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh yang sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali.
Ellyana menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17061#sthash.DXoKeRMl.dpuf

Comments