Mengapa pemain Amerika Selatan berjaya di England? Menurut kajian dibuat mengenai tahap teknologi terbaik permainan bola sepak mendapati kehadiran begitu ramai pemain Amerika Selatan dalam Liga Perdana dengan pemain Argentina muncul negara bukan United Kingdom (UK) ketiga tertinggi berada dalam kejuaraan bola sepak liga utama negara itu.
Mari kita lihat bagaimana pakar bola sepak membuat kajian mengenainya.
Pada awal bulan ini, jaringan Sergio Aguero membolehkan kejayaan derby Manchester untuk menjulang pasukannya, City. Tiada apa luar biasa mengenainya.
Ia berkemungkinan disebabkan dia seorang pemain pintar yang konsisten membantu memenangi perlawanan sejak mula menyertai kelab itu tiga tahun lalu meledak 64 gol dalam 98 penampilan Liga Perdana Inggeris.
Lebih mencuri perhatian, Aguero menjadi sebahagian kontinjen Amerika Selatan yang menyerlah berbanding kebanyakan pemain Inggeris, satu fakta yang dianggap simbol penanda aras musim ini.
Pada awal saingan musim kempen Liga Perdana menampilkan jumlah pemain Argentina dan pemain Scotland seimbang iaitu 18 bagi setiap negara.
Pemain Brazil beraksi bersama Chelsea seperti Ramires, Diego Costa, Willian, Filipe Luis dan Oscar bersama Philippe Coutinho di Liverpool, terus mengibarkan bendera kebanggaan juara dunia lima kali itu.
Alexis Sanchez dari Chile sudah pun menambat hati peminat Arsenal sementara rakan senegaranya, Eduardo Vargas mula menjadi tumpuan beraksi di QPR termasuk pemain Uruguay, Abel Hernandez bermain di Hull serta gandingan Ecuador, Enner Valencia dan Jefferson Montero, masing-masing mewakili West Ham dan Swansea.
Andainya penyerang Colombia, Radamel Falcao masih belum mencapai jangkaan di Manchester United, sekurang-kurangnya rakan sepasukan negaranya, Carlos Sanchez sudah mula menikmati aksi perlawanan di Aston Villa.
Kempen 2014-15 terbukti menjadi musim cemerlang akhirnya apabila pemain Amerika Selatan memiliki kemampuan memberi impak dalam bola sepak Inggeris sepertimana mereka menyerlah dalam kebanyakan liga Eropah. Keadaan itu menimbulkan persoalan mengapa itu mengambil masa terlalu lama?
Pada 1996, Terry Venables memberi kenyataan itu sewaktu mengendalikan Barcelona 12 tahun lebih awal dengan bergantung kepada kelebihan membawa masuk pemain terbaik daripada negara luar. Ia adalah detik menarik bagi pemerhatian seumpama itu.
Semuanya berubah apabila wang mengambil alih dan nama besar tiba dalam Liga Perdana. Sebaik musim 1996-97 bermula, pemain Amerika Selatan yang kelihatan hanyalah Gus Poyet di Chelsea, Faustino Asprilla di Newcastle dan sekumpulan pemain Brazil seperti Juninho, Emerson dan Branco beraksi bersama Middlesbrough.
Jika pemain asing kini dialu-alukan, kelihatannya masih ada yang sangsi dengan pemain Amerika Selatan ini. Mampukah mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan Inggeris dan rentak bola sepak Liga Perdana?
Sesetengah jawapan akan sentiasa dilihat dengan nada negatif.
Menetap di luar negara bukan untuk semua orang. Sebagai contoh, biar matang mana pun seseorang pemain dan berpengalaman seperti Michael Owen mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Real Madrid.
"Saya rindu untuk berada dalam kalangan orang Inggeris," dan lebih memelikkan mengakui merindui 'cuaca UK'.
Pemain gagal menyerlah di Manchester United, Kleberson adalah seorang pemain tengah memiliki kemahiran teknikal untuk berjaya. Dia adalah pemain terbaik selepas Ronaldo pada Piala Dunia 2002. Kemahiran mentalnya pula adalah sebaliknya.
"Paling penting adalah fikiran seorang pemain," kata Christian Rapp yang mengetuai syarikat Jerman beroperasi di Brazil yang mengkhusus dalam pencarian pemain muda berbakat.
"Pemain mahu memiliki karier di luar negara perlu menyesuaikan diri dengan negara itu dan kelab, bukan sebaliknya. Ia menjelaskan mengapa sesetengah pemain berjaya dan ada pula sebaliknya."
Akhirnya, peminat England dapat melihat sendiri skil yang dimiliki pemain dari benua itu yang sentiasa konsisten melahirkan pemain bola sepak berbakat.
Pastinya janggal untuk memiliki persaingan global tanpa kehadiran pemain Amerika Selatan. Musim 2014-15 adalah musimnya di mana Liga Perdana Inggeris menjadi 'sempurna'.
Comments
Post a Comment