Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan
walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada golongan bukan Islam, kata
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria .
Beliau berkata, terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak
semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut
kaedah bahasa Arab.
"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada
ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita
tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna
dan pemahaman sebenar," katanya kepada pemberita selepas menutup
Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 anjuran Kementerian Kesihatan
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, hari ini.
Katanya, wanita itu telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta kelulusan namun Majlis Fatwa mengatakan penterjemahan seperti itu tidak dibenarkan.
"Percetakan juga tidak berani berbuat demikian dan wanita itu telah berjumpa Mufti Selangor yang kemudian menyuruhnya berjumpa dengan saya," katanya.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran berkata, kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab dan penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal al-Quran.
"Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab jadi kalau bukan dalam bahasa Arab, ia bukan al-Quran. Kalau buat juga (penterjemahan tidak mengikut ayat asal) ia satu kesalahan besar di negara ini," katanya.
Beliau berkata, penyebaran agama Islam melalui kegiatan dakwah tidak akan tersekat walaupun terjemahan seperti itu tidak dibenarkan.
Comments
Post a Comment