TERGAMAK CUCU TIPU NENEK RM1 JUTA


Seorang nenek kerugian RM1 juta apabila wang hasil penjualan tanahnya tidak dikembalikan cucunya sendiri.

Tindakan itu menyebabkan Rahmah Mohd, 79, terpaksa membuat laporan polis agar cucunya dapat ditangkap dan didakwa atas pertuduhan pecah amanah.

Namun, Cucunya, Hezlishah Ahmad yang berumur 27, dari Seri Kembangan, Selangor, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.


Mengikut pertuduhan, Hezlishah diamanahkan lima keping cek berjumlah RM1 juta untuk ditunaikan menggunakan nama Hezlishah, namun wang berkenaan tidak diserahkan kepada Rahmah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank tempatan (Hong Leong Bank) di Seberang Jaya di antara jam 12 tengahari hingga 5 petang pada 10 dan 11 Disember 2013.

Hezlishah yang ditahan lima hari lalu, didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.



Hezlishah turut memohon kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah bersama neneknya, namun tidak dibenarkan.

Mohd Fitri juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes.

Hezlishah tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain.


Comments