Pasukan tentera darat bersedia menyertai operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan pencerobohan tanah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, segala persiapan ke arah itu sudah dibuat termasuklah cara mana tentera dilibatkan dalam operasi berkenaan.
“Kita bersedia untuk terlibat. Kita adalah jentera keselamatan dan seharusnya sentiasa bersedia untuk berikan bantuan.
“Apabila sesuatu kenyataan itu sudah dibuat, kita (tentera darat) terus membuat kerja-kerja persediaan. Sekiranya sudah diarah dan atas keperluan yang dikehendaki, maka keanggotaan tentera darat akan terus digerakkan.
“Kita telah kenal pasti unit (infantri) yang dipilih dan apa juga keperluan mereka, kita akan sokong kerana tentera darat adalah sebuah organisasi yang lengkap dengan segala keperluan, bukan sahaja sewaktu berhadapan konflik, tetapi juga masalah ketenteraman seperti banjir dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Deepavali 2014 Peringkat Tentera Darat di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim; Panglima Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki.
Pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang meninjau peranan yang boleh dimainkan pasukan keselamatan itu bagi menjayakan usaha bersepadu untuk membanteras kegiatan pencerobohan tanah dan kehadiran PATI di Cameron Highlands.
Perkembangan itu merupakan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberitahu, satu operasi bersepadu oleh polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pasukan Gerakan Am, dan Imigresen akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menangani pelbagai masalah di Cameron Highlands.
Raja Mohamed Affandi menjelaskan lagi, dalam hal yang dinyatakan itu, jelas menunjukkan operasi bersepadu adalah ke arah perkhidmatan darat.
Tegasnya, tentera mempunyai kelengkapan bagi menghadapi kemungkinan dalam memberikan perkhidmatan tidak kira di darat, laut dan udara.
Ditanya sama ada tentera darat sudah menerima arahan untuk digerakkan dalam operasi berkenaan, Raja Mohamed Affandi menjelaskan, ia diperingkat polisi dasar.
“Itu masih di peringkat polisi dasar dan saya tunggu arahan itu diturunkan supaya kita dapat mengarahkan tugas itu kepada mereka yang terlibat,” ujarnya.

Comments
Post a Comment