PEMILIK FACEBOOK HANYA ADA BAJU T-SHIRT KELABU


Pemilik lama sosial Facebook berkata memilih baju atau pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya.

Sebab itulah beliau setiap hari tampil berbaju t-shirt kelabu, tanpa perlu memikirkan baju apakah yang akan dipakainya.

Sehubungan itu, beliau mempunyai sejumlah koleksi baju t-shirt berwarna kelabu dalam almarinya.

"Saya lebih gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti lebih berfaedah.

"Tetapi anda jangan risau. Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju seperti itu yang banyak,” katanya dalam sesi soal jawab melalui Facebook.

Beliau juga berkata, memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut.

Bagi Zuckerberg, beliau tidak mahu membazir masa dengan memikirkan perkara remeh temeh itu.

“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.

Zuckerberg, 30, memiliki harta dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) melayakkannya menjadi orang ke-16 terkaya di dunia.

Comments