Selepas pelakon Izreen Azminda membuat keputusan membuang hampir ke
semua foto di akaun Instagram miliknya minggu lalu, kini aktres Nad
Zainal pula mengambil tindakan yang sama.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu.
Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin.
Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelak daripada sebarang kontroversi yang boleh tercetus kerana gambar yang dimuat naik itu.
“Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Nad memuatnaik semula gambar di Instagram sejak Isnin.
Sebelum ini, Nad telah mempunyai kira-kira hampir 2,000 gambar di
laman Instagram miliknya dan ia sudah pun dibuang pada Ahad lalu.Setakat Selasa, akaun Instagram Nad yang mempunyai seramai 151 ribu pengikut hanya memuatnaik empat keping gambar bermula Isnin.
Dalam pada itu, Nad turut menyifatkan kebanyakan gambar-gambar dimuatnaik ke dalam laman sosial tersebut tiada kaitan dengan kerja sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi mempromosi kerjaya seni.
“Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas.
Comments
Post a Comment