KUANTAN - Enam sekeluarga dari Kampung Cherating Baru di sini menjadi mangsa banjir pertama yang dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air hari ini.
Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan dewasa dipindahkan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Cherating kira-kira pukul 4 petang setelah rumah mereka dinaiki air setinggi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Pahang tiada pemindahan dilakukan bagi kawasan lain di Pahang setakat ini.
Kerajaan Pahang mengadakan persiapan lebih rapi untuk menghadapi musim banjir dengan perancangan lebih proaktif termasuk menyiapkan 629 pusat pemindahan banjir dengan bekalan makanan lebih awal.
Sejumlah 140,000 mangsa banjir dijangka boleh ditempatkan di 629 pusat pemindahan tersebut dan antara pusat pemindahan itu ialah di Temerloh sebanyak 82 pusat, Kuantan (79), Pekan (88), Rompin (35) dan Cameron Highlands (20).
Comments
Post a Comment