Rekod 13 tahun sifu muzik terkenal, Datuk M Nasir sebagai Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, akhirnya dipecahkan Edry Abdul Halim pada Anugerah MACP 2014, malam ini.
Bagaimanapun, Nasir menerusi syarikatnya, Luncai Emas Sdn Bhd mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak pada majlis anugerah anjuran Persatuan Perlindungan Hak Cipta karyawan Muzik (MACP) itu.
Turut diumumkan, Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak yang
dimenangi Habsah Hassan; Komposer Muda Berpontensi (Akim Ahmad); Lagu
Inggeris Persembahan Terbanyak (Yuna/I wanna Go); Lagu Melayu
Persembahan Terbanyak (Malique/Zizan dan Kaka/Bawaku Pergi) dan Anugerah
Nadi Cipta (Saari Amri).
Majlis Anugerah MACP sempena sambutan ke-25 tahun organisasi itu turut
diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Yuna,
Akim, Salmiah Hassan dan One Nation Emcee.
Comments
Post a Comment