Angin kencang, laut bergelora di perairan Johor Barat

Angin kencang dan laut bergelora di perairan Johor Barat dijangka berterusan sehingga malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

Comments